make money here

When you signup for PayPal, you can start accepting credit card payments instantly. As the world's number one online payment service, PayPal is the fastest way to open your doors to over 150 million member accounts worldwide. Best of all, it's completely free to sign up! To sign up or learn more, click here: Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
eBooks, Software and Downloads

Watch TV - Live online internet televisionAccess to 4000 live TV stations from your pc. No need of a TV tuner or decoder. 100% legal - no subscription needed.

Watch television channels online anywhere. All you need is our software, your pc, and Internet connection. Thousands of television shows that would cost you big money in the long run with traditional TV providers, now can watch them with no subscription. Watch 4000 TV Stations from Over 80 Countries!

Cartoons, Fashion, News, Discovery, Sport, Movies, Music, Football, Adult Shows, Weather, Stocks, Educational, and many others channels are available.

You can watch TV to your PC or laptop at any time and anywhere in the world since our service is not affected by regional terrain or weather.

This webtv software does not contain any spyware or advertise modules. It has safety installation with NO WORRIES concerning valuable information loss.

WATCH TV NOW. LIMITED TIME OFFER.

Sunday, March 6, 2011

Reiki: Kaedah Pemulihan Alternatif


Oleh Ali Imran Mohd Noordin

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Adakah mungkin untuk memulih atau mencergaskan semula seseorang dengan hanya meletakkan tangan atau mendekatkannya dengan tubuh seseorang?

Adakah ini benar? Bolehkah ini berlaku?

Ya, ini benar dan memang boleh berlaku. Pemindahan tenaga antara dua orang untuk tujuan menyembuh telah diamalkan sejak sekian lama dan amalan ini kini dikenali sebagai Reiki.

Hampir kesemua budaya di dunia ini percaya dalam bentuk pemulihan seperti ini tetapi dilakukan menggunakan kaedah yang sesuai dengan prinsip serta kepercayaan mereka.

Reiki berasal daripada perkataan Jepun 'Ray-ki'. Perkataan 'Ray' bermakna 'alam semesta' dan 'ki' pula bermakna `tenaga untuk hidup'. Ada juga yang mentakrifkan Reiki sebagai 'tenaga hidup' dan semakin diterima sebagai pelengkap dalam perubatan moden.

Reiki merawat keseluruhan tubuh, emosi, minda dan roh, dan membawa ketenangan jiwa, rasa relaks, selamat dan sejahtera. Ramai yang melaporkan hasil yang luar biasa.

Reiki adalah baru tetapi bukan asing di Malaysia. Sudahpun terdapat pengamal terkenal seperti Master Mohd Hisham Yahya dan Master Terry Ng.

BANYAK JENIS REIKI

Hari ini, terdapat pelbagai jenis teknik Reiki yang diamalkan selaras dengan kepercayaan pelbagai masyarakat. Antara teknik yang popular ialah Reiki Seichim, Reiki Gtummo, Reiki Sufism dan Reiki Kundalini.

Pengamal Reiki didorong oleh lima prinsip, yang dikenali sebagai 'Five Reiki Precepts'. Prinsip ini sebenarnya merupakan senarai nilai-nilai positif untuk diterapkan dalam rutin pengamal.

Kelima-lima prinsip ini menasihatkan kesemua pengamal supaya mengawal kemarahan, elakkan rasa resah, berpuas hati dengan apa yang mereka ada, berusaha gigih dan bersimpati dengan mereka yang lain.

Nilai-nilai ini menyumbang kepada 'seni hidup bahagia' dan 'ubat ajaib bagi semua jenis penyakit'.

KUNDALINI REIKI (KR)

Menurut Master Mohd Hisham Yahya, yang mengamalkan Reiki Kundalini yang diasaskan Master Ole Gabrielsen dari Denmark, ramai sebenarnya telah menggunakan tenaga spiritual tanpa menyedari mereka sebenarnya mengamalkan Reiki.

"Tenaga terdapat di sekeliling kita. Ia tidak boleh diwujud atau dimusnahkan. Tetapi ia boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk lain," kata beliau.

Para pengamal perlu mematuhi etika Reiki. Paling penting, pesakit perlu disedarkan mengenai Reiki. Proses pemulihan hanya boleh berlaku dengan izin pesakit yang tahu akan cara rawatan ini.

Para pengamal juga tidak boleh menjanjikan sejauh mana seseorang itu boleh sembuh, dan hanya boleh menyentuh pesakit dengan kebenaran, elakkan daripada membuat diagnosis, dan akhir sekali menghormati rahsia pesakit mereka.

"Reiki adalah tenaga pintar, ia akan mengalir ke mana-mana bahagian badan yang memerlukannya tanpa panduan," tambah Hisham yang mengamalkan Reiki sejak enam tahun lepas.

SATU LAGI HARAPAN

Reiki ialah satu kaedah alternatif, bukan satu-satunya penawar bagi masalah manusia.

Reiki semakin mendapat perhatian perubatan moden. Di hospital dan klinik merentasi Amerika Syarikat, Reiki dilihat sebagai kaedah yang bermakna serta berkesan dari segi kos untuk menambah baik penjagaan pesakit.

Hospital-hospital utama seperti Portsmouth Regional Hospital di New Hampshire serta California Pacific Medical Center di Amerika Syarikat merupakan antara hospital dengan program Reiki yang mantap.

TERBUKTI SECARA PRAKTIK

Melaksanakan Reiki tidak memerlukan teknologi dan ini bermakna hospital yang terbabit tidak perlu melabur dalam mesin-mesin baru, latihan petugas serta penyenggaraan.

Ia juga baik dari segi kos kerana dalam kebanyakan kes, para pengamal Reiki menawarkan khidmat mereka secara percuma.

Sementara itu, satu kajian di Hartford Hospital di Connecticut, Amerika Syarikat yang dijalankan pada tahun 2000 membuktikan bahawa Reiki menambah baik tidur pesakit sebanyak 86 peratus dan mengurangkan kesakitan sebanyak 78 peratus.

Kajian yang sama juga mendapati kaedah rawatan ini boleh mengurangkan rasa mual sehingga 80 peratus dan mengurangkan sebanyak 94 peratus kerisauan semasa hamil.

BERBALOI UNTUK MENCUBA

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia juga dibebani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat. Mereka juga lebih mudah jatuh sakit.

Reiki sememangnya kaedah yang mudah, selamat dan murah tidak kira usia, jantina atau lokasi.

Juga tiada konflik antara amalan keagamaan dan Reiki, oleh itu sesiapa sahaja boleh mengamalkan dengan bebas kaedah rawatan ini.

"Saya berharap setiap keluarga di Malaysia boleh amalkan Reiki sebagai usaha sendiri ke arah kebaikan".

"Ia juga membantu anda mengurangkan stres dan membolehkan anda relaks," tambah Hisham.

BELAJAR REIKI

Terdapat pelbagai Reiki yang diamalkan di Malaysia, masing-masing dengan teknik tersendiri serta pusat latihan.

Antara laman-laman web popular bagi latihan Reiki ialah Dimensi Alpha Resources (www.reiki-malaysia.com) kepunyaan Master Hisham serta Reiki Natural Teraphy (www.reiki.com.my) kepunyaan Master Terry Ng. – BERNAMA



0 comments: